Jika anda tidak menyukai sarapan anda, kami telah menyediakan beberapa resepi berlainan untuk anda, yang mungkin anda suka. Anda boleh dapatkan ia di bawah:



Mangkuk Smoothie Rendah Karbo




Bahan-bahan


Asas Mangkuk Smoothie


·        1 cawan bayam


·        1/2 cawan susu badam


·        2 sb krim tebal


·        1 sb minyak kelapa


·        1 sudu serbuk protein rendah karbo


·        2 kiub ais


Hiasan


·        4 raspberi


·        4 walnut


·        1 sb kelapa parut


·        1 sk biji chia


Arahan:


3.     Mulakan dengan menyusun topping anda, atau memasukkan dan mencampurkannya.


4.     Untuk nampak lebih cantik, kami menambahkan semuanya dengan kemas di bahagian atas. Kami menggunakan raspberi, walnut dan membuat jalur-jalur kelapa parut dan biji chia.


5.     Nikmati hidangan sarapan rendah karbo anda yang cepat dan mudah!


 




Smoothie Sarapan Hijau Rendah Karbo 




Bahan-bahan


·        1.5 cawan susu badam


·        1 oz bayam


·        50 g timun


·        50 g saderi


·        50 g avokado


·        1 sb minyak kelapa


·        10 titis cecair stevia atau pemanis pilihan


·        1 sudu Serbuk Protein Isolate (kira-kira 30 gram)


·        1/2 st biji chia (untuk hiasan)


·        1 st serbuk matcha (pilihan)


Arahan


1. Ke dalam pengisar atau Nutribullet, masukkan susu badam dan bayam anda. Kisar sebentar untuk menghancurkan bayam bagi memberi ruang kepada bahan-bahan lain.


2. Masukkan bahan-bahan lain dan kisar selama lebih kurang satu minit sehingga berkrim.


3. Anda boleh menambah satu sudu teh serbuk matcha untuk manfaat tambahan dan sedikit kafein.


4. Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan dengan biji chia. Nikmatinya!





Bubur Sarapan Rempah Labu (Pumpkin Spice) 


 


Bahan-bahan


Masak Bersama-sama


·        2 sudu besar Tepung Badam 20 g


·        1 sudu besar flaxmeal


·        3/4 cawan air


·        1/2 sudu kecil rempah pai labu (kayu manis, halia, buah pelaga, buah pala)


·        1 cubit garam


·        1 telur besar dipukul


Hiaskan dengan:


·        2-3 titik ekstrak vanila


·        2 sudu besar labu tin


·        1 sudu besar pemanis kegemaran anda


·        1 sudu besar krim tebal


·        1 sudu besar mentega


Arahan:


1.    Masukkan 5 bahan-bahan pertama ke dalam periuk kecil dan letakkan di atas api sederhana tinggi.


2.    Apabila campuran mula mendidih, tukarkan api menjadi sederhana dan pukul sehingga pekat dan menjadi panas.


3.    Alih keluar dari api dan masukkan telur, sedikit demi sedikit, sambil terus memukul. Letakkan kembali di atas api sederhana dan pukul dengan cepat sehingga bubur menjadi pekat. Alih keluar dari api dan pukul selama 30 saat lagi.


4.    Masukkan dan pukul bersama baki bahan-bahan yang lain. Rasa dan sesuaikan perasa.


5.    Hiaskan bubur badam rendah karbo ini dengan bahan-bahan kegemaran anda dan nikmatinya!


 


 


Telur dalam Cawan




Bahan-bahan:


·         2 telur


·         2 sudu besar keju Cheddar parut


·         3 jalur bakon, dipotong


·         Lada merah, garam, serbuk bawang putih – tidak wajib dan secukup rasa


Arahan:


1.    Semburkan cawan yang boleh digunakan dalam gelombang mikro dengan semburan minyak masak tidak melekat. Campurkan semua bahan-bahan dalam cawan dengan pengacau sehingga sebati.


2.      Letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro pada suhu TINGGI selama 1 minit 30 saat atau sehingga telur masak di tengah. Biarkan 1 minit sebelum dihidangkan. Taburkan dengan keju parut tambahan, jika mahu. 




Milkshake Kakao Keto




Bahan-bahan:


·        ½ cawan santan (100 ml)


·        50 ml air


·        ½ avokado kecil– 75 g


·        2 sudu kecil minyak kelapa


·        2 sudu besar serbuk kakao mentah (14 g)


·        kayu manis


·        pemanis secukup rasa


 


Arahan:


1.      Letakkan semua bahan-bahan di dalam pengisar berkelajuan tinggi dan kisar pada kelajuan tinggi hingga sekata.


2.    Alihkan ke dalam gelas dan hidangkan dengan segera.


 


 


Sandwic Sarapan Ayam Belanda


Bahan-bahan


• 2 keping dada ayam belanda (gunakan lebih jika kepingan mudah hancur)


•  daun salad romaine (atau daun untuk dijadikan balutan)


• 2 keping bakon


• 2 telur


• 1 sudu kecil minyak kelapa untuk memasak


Arahan


1. Masak bakon mengikut kegaringan yang anda suka.


2. Kacau telur dalam minyak kelapa (atau lemak bakon).


3. Buat bungkusan dengan meletakkan telur hancur, bakon, dada ayam belanda di atas sayur/daun salad.